Thursday, 27 December 2012

PERJUANGAN SAHABAT...... .


sahabat ... 
matahari memancar kamar diterangi,
diriku kaku menatap pena,
kertas terbentang mengharapkan sedikit coretan,
namun buntu fikiran tidak mampu mencurahkan... 

sahabat ... 
dirimu amat ku hormati, kusayangi, kusanjungi 
kasihku padamu ikhlas kerana Ilahi,
jatuh tertuduk dirimu ingin ku bantu berdiri semula,
namun kenyataan hanya doa yang dikirimkan...

sahabat ... 
dunia mengasyikkan, mengaburi mata 
sayu hati mengigatkan diri itulah hadya 
agar rahmat Ar-Rahman tetap mengunjungi qalbu
khuatir ia adalah berterusan di basahi 
oleh peringatan Allah andainya kerap terabai

sahabat ... 
jika benar katamu diri telah lemas 
maka carilah pelampung makrifat 
agar timbul keinsafan yang abadi 
insaf akan kelemahan diri 
tanpa kurnia yang hakiki 

sahabat ... 
biar dirimu dihina, dicaci, dibenci 
namun kasih yang tersemai tetap abadi 
apa jua ketentuan Ilahi maka rendah diri 
berkekalan permintaan ku agar dirimu sentiasa dihampiri 

sahabat ... 
bangunlah, lontarkan dirimu dalam Redha Kasihnya 
letakkan gunung keinsafan 
lahirkan zuriat keimanan 
alirkan lautan kasih 
biar badai menghalang, ombak menjulang 
kapal keimanan gagah menentang
segala cabaran yang di hadapan... selamat berjuang sahabtku... semoga khaliq meredhai  setiap perjuangan kudus itu...

No comments:

Post a Comment