CINTA : Kamu bukanlah aku, dan aku bukanlah kamu.. kita benar-benar berbeza antara satu sama lain.
ZINA : Syaitan yang selalu menyuruh manusia untuk mengaggap aku dan kamu adalah sama. Dia akan membisikkan manusia agar mereka mahu melakukan ZINA, sebagai bukti adanya kamu. Mereka menyatakan, "Kalau kamu cintakan aku, marilah berzina denganku."
CINTA : Kamu tiada hubungan denganku. kerana kalau manusia benar-benar tulus mencintai, dia akan menjaga dirinya. Dia tidak akan merosakkan diri dan kehormatannya. Aku dibentuk dari sebuah ketulusan untuk mencintai, kelembutan untuk menyayangi dan keadilan untuk saling bersatu HATI. Sementara kamu dibentuk oleh nafsu terlarang, keinginan yang jahat dan bisikan syaitan yang menyesatkan...
ZINA : Tapi mereka banyak melakukannya atas nama cinta !
CINTA : Bohong! Jika mereka mengatakannya seperti itu, semuanya hanyalah palsu belaka. tidak ada CINTA dalam ZINA. kerana ZINA hanya akan merosakkan ketulusan CINTA, seperti rosaknya sebuah bangunan kerana sebiji bom..
ZINA : Mereka katakan ZINA akan menguatkan CINTA mereka...
CINTA : Oh, tidak.. Sama sekali tidak ! ZINA hanya akan merosakkan hubungan mereka. Cepat atau lambat, hubungan mereka pasti akan berakhir. kerana setiap perkara yang baik harus dimulakan dengan kebaikan..
Sahabat, begitulah sebuah kisah yang ingin saya kongsikan pada kali ini. saya ambil dari sebuah buku yang bertajuk.. "YA ALLAH.. JAUHKAN AKU DARI ZINA" buku ini merupakan sebuah buku yang menarik perhatian saya kerana akhir-akhir ini, begitu banyak kes pembuangan bayi, istilah COUPLE yang pada perkiraan saya tidak menuruti syarak dan pelbagai lagi bahana yang terlibat akibat BUASNYA GELORA NAFSU NAFSI manusia yang tidak dibendung oleh iman dan akal yang sihat. HATI mereka semakin keruh dan lama kelamaan semakin kelam hingga sukar untuk menghadirkan diri dalam majlis-majlis atau fikrah ke arah kebaikan.
Andai ada dari kita telah jatuh cinta, bukn bererti kita boleh melakukan apa sahaja termasuk menjerumuskan diri dari perbuatan ZINA. ZINA bukanlah sebuah pernyataan yang membuktikan keCINTAan kita pada seseorang. konsep CINTA itu adalah suci. ia adalah suatu fitrah dan ia akan menjaga anda, sementara ZINA itu busuk dan haram. ia akan menCELAKAkan diri kita. risiko dosa besar yang dikreditkan melalui zina akan membantu memberatkan lagi timbangan keburukan kita di akhirat kelak.
Ingat ya, mereka yang menyintai anda secara tulus, tidak akan sama sekali membawa anda masuk ke dalam jurang yang dalam, sebaliknya mereka yang menyintai anda akan senantiasa menjaga anda dalam kesucian
Insan yang selalu menyintai anda akan selalu merasa luar biasa apabila dia berada dekat dengan anda. Namun itu tidak bermakna anda berdua boleh berzina.
Oleh itu, jagalah CINTA yang anda miliki, dengan tidak melanggar aturan dan larangan ALLAH kepada kita..
Mari kita ikuti kisah pada zaman Rasulullah mengenai ZINA.
Daripada Abi Umamah telah berkata: Sesungguhnya seorang pemuda datang kepada Nabi s.a.w, seraya berkata:
“Ya Rasulallah, izin aku untuk berzina”. Maka orang ramai pun berpaling kepadanya sambil menahannya, dan mereka berkata: “Jangan..jangan (Berhentilah kamu daripada berkata sebegitu)”, Maka Rasulullah s.a.w bersabda: “Bawakan dia dekat denganku”. Maka pemuda itu telah mendekati Baginda s.a.w.
(Abu Umamah) berkata: maka (pemuda itu) telah duduk (dekat dengan Rasulullah s.a.w).
Rasulullah s.a.w mula bersabda: “Adakah kamu suka itu (perbuatan zina) terjadi kepada ibumu?” Lantas pemuda itu menjawab: “Demi Allah, tidak! (Aku lebih sanggup) Allah jadikan aku tebusan (kematianku) bagimu!” Rasulullah s.a.w menyambung: “(Begitulah juga halnya) orang ramai tidak suka hal itu (terjadi) kepada ibu-ibu mereka”.
Rasulullah s.a.w bersabda lagi: “Adakah kamu suka itu (perbuatan zina) terjadi kepada anak perempuanmu?” Lantas pemuda itu menjawab: “Demi Allah, tidak! (Aku lebih sanggup) Allah jadikan aku tebusan (kematianku) bagimu!” Rasulullah s.a.w menyambung: “(Begitulah juga halnya) orang ramai tidak suka hal itu (terjadi) kepada anak-anak perempuan mereka”.
Rasulullah s.a.w bersabda lagi: “Adakah kamu suka itu (perbuatan zina) terjadi kepada saudara perempuanmu?” Lantas pemuda itu menjawab: “Demi Allah, tidak! (Aku lebih sanggup) Allah jadikan aku tebusan (kematianku) bagimu!” Rasulullah s.a.w menyambung: “(Begitulah juga halnya) orang ramai tidak suka hal itu (terjadi) kepada saudara-saudara perempuan mereka”.
Rasulullah s.a.w bersabda lagi: “Adakah kamu suka itu (perbuatan zina) terjadi kepada emak saudaramu (sebelah ayah)?” Lantas pemuda itu menjawab: “Demi Allah, tidak! (Aku lebih sanggup) Allah jadikan aku tebusan (kematianku) bagimu!” Rasulullah s.a.w menyambung: “(Begitulah juga halnya) orang ramai tidak suka hal itu (terjadi) kepada emak-emak saudara (sebelah ayah) mereka”.
Rasulullah s.a.w bersabda lagi: “Adakah kamu suka itu (perbuatan zina) terjadi kepada emak saudaramu (sebelah ibu)?” Lantas pemuda itu menjawab: “Demi Allah, tidak! (Aku lebih sanggup) Allah jadikan aku tebusan (kematianku) bagimu!” Rasulullah s.a.w menyambung: “(Begitulah juga halnya) orang ramai tidak suka hal itu (terjadi) kepada emak-emak saudara (sebelah ibu) mereka”.
Abu Umamah berkata: Maka Rasulullah s.a.w meletakkan tangannya di atas pemuda itu, lalu berdoa:
اللَّهُمَّ اغْفِرْ ذَنْبَهُ , وَطَهِّرْ قَلْبَهُ , وَحَصِّنْ فَرْجَهُ
“ALLAHUMMAGHFIR ZANBAHU, WA TOHHIR QALBAHU, WA HASSIN FARJAHU”
"Ya Allah ampunkanlah dosanya, bersihkanlah/sucikanlah hatinya, dan bentengilah kemaluannya"
Selepas itu, pemuda itu tidak lagi memandang sesuatu (yang berbentuk maksiat)
(Sekiranya perempuan HU ditukar kepada HA)
membangun ukguwah melalui syair dan puisi sungguh sangat indah dan menyetuh kalbu, mg melalui media yang ada sabahat2 ku dapat lebih kreaatif dalam berbagi sesama, memberi dan menerima adalah hal penting dalam kehidupan dan dianjurkan oleh tiap agama yang adasehingga Nabi SAW mentamsilkan bahwa sebaik2nya manusi adalah manusia yang banyak manfaatnya bagi manusia lainnya. semoga
ReplyDeletedan salam persahabatan buat mu all