Prof Doktor Muhaya(kata-kata Motivasi)

Hubungan paling penting ialah hubungan kita dgn Allah dan diri kita. Jika ia tidak baik bagaimana kita akan bahagia dan membahagiakan




Bagi orang yg beriman, dunia ini hanya permainan . Mereka tidak akan tertipu. Mereka akan sibuk didunia ini melakukan amalan utk bekalan hari akhirat. Jom kita sibukkan diri kearah ini. Setiap amalan hari ini tentukan ia memberatkan timbangan neraca diakhirat.




kesan atas kehidupan seseorang yang memberi hidupnya hanya untuk Allah dan kerana Allah semata akan amat kuat dan mereka tidak akan takut pada apa apa kecuali Allah. Kita ini adalah bagi Allah semata




Bila kita solat kita mesti niat untuk Allah. Jadikan piawaian ini dalam semua amalan kerana Allah. Jika tidak alangkah ruginya nyawa ini




Anak kita datang dari Allah bukan dari kita. Mereka datang melalui kita. Perhatikan amalan kita hari ini adakah kita mahu orang mengikut perintah kita atau kita sibuk mengikut perintah Allah. 
Cuba perhatikan mereka yang ada 4 sifat ini dan cuba ikut, 1. Banyak memberi, 2. Tidqk bangga diri, 3. Menolong dan membantu orang lain 4. Menolak penghargaan manusia





Maafkan semua orang dan halalkan semua dan lupakan semua kebaikan kita pada orang dan ingat semua kebaikan orang pada kita, lupakan kejahatan orang pada kita dan ingat kesalahan kitapada orang. Ini formula utk hidup tenang dan sihat insyaAllah




Sebelum tidur ingat segala perkara yang kita bersyukur dan bayangkan siapa kita nak jadi esuk hari tentu lebih baik dan soleh dari hari ini. Niat utk lebih senyum dan bermanfaat esuk hari.