PENERANGGAN DRI SEORANG USTAZ.....
Ustaz Zahazan Mohamed
Kalangan sahabat Nabi bertanya: “Wahai Rasulullah, mengapa engkau melakukan hal ini?” Baginda menjawab: “Mudah-mudahan diringankan azab itu daripada kedua-duanya selama pelepah kurma itu belum kering.”
Hadis kedua pula riwayat Muslim daripada Jabir, Rasulullah SAW melalui dua kubur dan Baginda dengan mukjizatnya berkata, kedua-duanya penghuni kubur ini sedang diseksa...lalu Baginda meminta pelepah tamar yang masih basah dan mematahkan menjadi dua bahagian dan memacakkan pada setiap kubur, lalu bersabda,” Aku berharap syafaatku dapat meringankan azab kedua-duanya, selama pelepahnya masih basah.”
Daripada kisah hadis itu, sebenarnya kalangan ulama berselisih pendapat atau pandangan mengenai hukum meletakkan pelepah di atas kubur. Pandangan segolongan ulama yang menegah menyatakan perbuatan itu disyariatkan khusus untuk Nabi Muhammad SAW.
Keberkatan ada pada Nabi SAW saja. Syaikh Ahmad Syakir (dalam syarah Sunan al-Tirmizi) berpendapat amalan menabur bunga dan meletak kalungan bunga ini diambil dari amalan masyarakat Kristian.
Pandangan ulama yang mengharuskan pula mengatakan perbuatan itu diharuskan kepada semua orang Islam. Syeikh Atiyah Saqar (iaitu seorang Mufti Lajnah Fatwa al-Azhar) berkata: “Ini adalah masalah antara golongan mengharuskan dan golongan yang menegah. Saya melihat tiada tegahan pada perkara ini selagi mana ia beriktikad (menyakini) bahawa yang memberi manfaat dan mudarat itu hanyalah Allah SWT. Apa yang kita hadiahkan kepada si mati seperti doa, sedekah dan lain-lain lagi adalah ‘min babil asbab’ semata-mata mengharapkan rahmat Allah SWT.
Justeru, perbuatan menaburkan bunga sebagai menggantikan pelepah dan ranting basah adalah harus. Bagaimanapun, jika bunga itu dibeli dengan harga mahal semata-mata untuk melakukan perbuatan itu, dibimbangi ia akan jatuh kepada haram disebabkan membazir.
Selain itu ketika menziarahi pusara, anda juga harus membaca al-Fatihah dan surah Yasin. Nabi SAW menganjurkan kita agar membaca surah Yasin bagi masyarakat Muslimin (yang akan atau sudah) meninggal dunia. Wallahua’lam.
.......................................................................................
PANDANGGAN DARI SEORNG SAHABAT
Soalan
Apakah hukum memasang batu nisan dan kepok pada
pusara?
Jawapan:Hukum meletakkan batu nesan di atas sesebuah kubur adalah HARUS.Hal ini berikutan daripada tindakan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam yang meletakkan petanda di atas kubur saudara susuannya Othman Bin Maz'un. Apabila Baginda ditanya mengapa berbuat demikian, Baginda menjawab "supaya saya kenal kubur saudara saya". Mengenai hukum memasang kepok di atas sesebuah kubur pula, jika tujuannya untuk menahan tanah daripada menjadi rata, maka ia diharuskan kerana kubur seseorang Muslim/Muslimah itu hendaklah ditinggikan sejengkal dari permukaan tanah dan diratakan bahagian atasnya. Namun, perlu dipastikan kepok tersebut tidak mengambil ruang yang melampaui had kubur tersebut sahaja. Jika mengambil ruang yang besar/melebihi keperluan kubur tersebut, maka hukumnya adalah HARAM kerana
mengambil ruang yang agak besar yang akan menyebabkan ruang tanah perkuburan tersebut menjadi kecil (jika di tanah perkuburan Islam). Wallahu 'alam.
Untuk rujukan" klik dibawah wahai Sahabat-sahabatKu.
http://www.pmm.edu.my/pusatislam/index.php?option=com_content&view=article&id=60%3Ahukum-binaan-atas-kubur&catid=2%3Atazkirah&Itemid=13
http://kzamusa.blogspot.com/2010/10/apakah-hukum-menabur-bunga-atas-kubur.html
http://www.bharian.com.my/articles/PersoalanAgama_Amalantaburbungaataskuburharus/Article/
No comments:
Post a Comment