Assalamuálaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Sahabatku yang budiman... Bagaimanakah caranya agar kita dapat mempunyai jiwa yang sentiasa lapang & tenang? Terutama sekali dalam menghadapi permasalahan. Terkadang saya melihat orang lain kesal dengan tingkah laku mereka yang kurang baik.
Sahabatku yang berbahagia, ternyata rahsia ramah itupun terletak dari kesanggupan berlapang dada dalam menghadapi sikap orang lain. Ada sebuah ungkapan hikmah yang menarik. Bunyinya lebih kurang begini,
“DI SUATU TANAH LAPANG YANG LUAS, WALAUPUN DISANA TERDAPT BANYAK BINATANG BUAS, TETAPI SUASANANYA TETAP SAHAJA TENANG. BERBANDING DI RUANGAN YANG SEMPIT, WALAU HANYA BERDUA DENGAN SEEKOR NYAMUK, HAL INI BOLEH MENJADI SATU SUMBER MASALAH KEPADA BEGITU RAMAI MANUSIA.”
Daripada hikmah di atas, didapati bahawa bergaul yang menyenangkan dan penuh kehormatan hanyalah milik orang-orang yang berlapang dada. Bagi mereka yang sempit HATI, perkara kecil sahaja sudah cukup membuatnya tersinggung dan sangat mungkin akan direspon negatif hingga hal itu kemudian menjadi masalah besar.
Ada persiapan-persiapan yang harus kita lakukan agar kita berlapang dada dalam menghadapi setiap masalah, diantaranya adalah sebagai berikut :
- Persiapan mental untuk bersiap sedia menghadapi orang yang kurang menyenangkan, orang yang kurang menghargai atau bahkan orang yang hendak meremehkan diri kita. Semua itu tidak membuat kerugian kepada kita, malahkan boleh menjadi rangsangan kepada kemuliaan. Inilah rangsangan untuk melatih kesabaran, rangsangan untuk memaafkan, dan juga rangsangan membalas keburukan dengan kebaikan. Cuba kita renungkan, bukankah istilah pahlawan itu ada kerana adanya penjahat? Maka pilihlah sikap pahlawan.
- Belajarlah untuk menyedari hakikat dan memahami bahawa setiap orang mempunyai pelbagai ragam, sering sahaja berlakunya perbezaan. Mungkin saja kita sudah sangat ingin berbuat baik namun tata nilainya berbeza, atau belum sesuai dengan kepuasan yang diharapkan. Atau mungkin seseorang bersikap negatif, padahal dia sebelumnya dia negatif 5. Maksudnya disini ialah ada kemajuan walaupun masih ada nilai negatifnya. Lihatlah pada perubahannya dengan memahami keadaan sebenarnya.
- Berbaik sangkalah kepada siapapun kerana Allah. Jangan biasakan mengawali sesuatu dengan prasangka buruk, kerana itu akan sangat mempengaruhi cara berfikir, sikap dan tutur kata kita.
Contohnya, ada seseorang yang mencurigai sahabatnya mencuri pen miliknya. Setiap waktu dia mencari jalan yang membuat perasaannya semakin yakin bahawa sahabatnya itulah yang mencuri. Semakin lama semakin nampak segala prasangkannya. Dari sudut tingkah laku sahabatnya, dari sikap yang agak menghindari dari bertemu, dari menyembunyikan kotak pensil dan sebagainnya. Tapi sikap curiga itu tiba-tiba hilang dan semua sahabtnya dianggap normal seperti biasa ketika dia teringat bahawa pennya itu sebenarnya tertinggal di rumah.
- Mengalahlah jika sekirannya akan menjadi kebaikan bagi semua. Sikap saling berkeras apalagi terhadap hal remeh sebenarnya akan merosakkan suasana. Hindari dar berdebat, berikan hak kita untuk orang lain andai kata semua itu akan membawa manfaat yang besar walaupun sepertinya kita rugi. Padahal sudah sangat beruntung menanam amal dan mengukuhkan nama baik, percayalah akan ada keindahan yang jauh lebih besar dengan mengalah terhadap sahabat sendiri, dari pada kenikmatan akibat bersikap ego dan berdendam.
- Maafkanlah, dan janganlah mata ini terpejam sebelum berikrar untuk memaafkan orang lain. Nikmat sekali hidup tanpa dendam, hidup lebih bermakna dengan yang hati lega dan lapang.
Sahabatku, mudah sebenarnya untuk mengatakan konsep-konsep islam, tapi menjalankannya yang memerlukan kudrat kesabaran, ketenangan dan kesungguhan. Semoga kita mempunyai jiwa yang berlapang dad..
Amiin. Selamat berlapang dada dengan iman di dada.. Tonjolkan negara islam yang indah di dalam HATImu yang telah lama lena.. Semoga ada keindahan untuk itu ya sahabat2ku...
No comments:
Post a Comment