Sunday, 12 June 2011

UkhUwAh FilLah PerSaHabAtaN"







DOAKU BUAT SAHABAT-SAHABATKU.... 

Ya Allah 
Panjangkanlah umur sahabatku. Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya, terangi hatinya dengan nur pancaran iman. 
Tetapkanlah hatinya, perluaskanlah rezekinya, dekatkanlah hatinya kepada kebaikan, jauhkanlah hatinya pada kejahatan, tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama, dunia dan akhirat

Ya Muhaimin Ya Salam 
Jika dia jatuh hati izinkanlah dia menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta nafsu. Jagalah hatinya agar tidak berpaling daripada melabuhkan hatinya pada hatiMu.
Jika dia rindu, rindukanlah dia pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu

Ya Allah
Jangan biarkan sahabatku terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kejalanMu jika kau halalkan aku merindui sahabatku, janganlah aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada cinta hakiki, rindu abadi dan kasih sejati hanya untukMu.

Ya Allah
Kurniakanlah sahabatku kesenangan, ketenangan, kecemerlangan hidup di dunia akhirat kelak..

AMIN YA RABBAL 'ALAMIIN....





Ibnu Atha'illah memetik hadis nabi yang direkodkan oleh Bukhari,"Anas melaporkan,Nabi Muhammad berkata,"Terdapat tiga perkara yang menjadikan seseorang dapat merasakan kemanisan iman iaitu orang yang lebih mencintai Allah dan Rasulnya daripada segala sesuatu,orang yang mencintai orang lain kerana Allah dan orang yang membenci kekufuran seperti dia membenci dilemparkan dalam api neraka."


Maka tatkala Isa mengetahui keingkaran mereka (Bani lsrail) berkatalah dia: "Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku untuk (menegakkan agama) Allah?" Para hawariyyin (sahabat-sahabat setia) menjawab: "Kamilah penolong-penolong (agama) Allah, kami beriman kepada Allah; dan saksikanlah bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang yang berserah diri. (Ali Imran:52)



dri" hadis Abu Hurairah (R.A) maksudnya:
"Bahawasanya ada seorang lelaki yang pergi menziarahi saudaranya (sahabat) di sebuah kampung yang lain, lalu Allah menyuruh malaikat memerhatikannya di atas jalannya. Maka tatkala dia sampai dia berkata : Engkau hendak ke mana ? Lelaki tersebut menjawab: Aku hendak menemui seorang saudara ku di kampung itu. Malaikat bertanya lagi " Adakah engkau telah berbudi kepadanya dan engkau mengharapkan balasannya?" Beliau menjawab " tidak, aku mencintainya kerana Allah" Maka malaikat itu berkata kepadanya "Bahawa sesungguhnya aku ini adalah utusan Allah kepada engkau, sesungguhnya Allah telah mencintaimu sebagaimana engkau mencintai dia kerana Allah.



aku dan khairol azhar
                           aku  dan suhaimee



RENUNG-RENUNG"KAN




Sahabat adalah orang yang paling akrab, rapat, dan memahami sahabatnya yang lain. Ikatan ini membantu manusia mencapai cita-citanya. Tidak ada satu cita-citapun yang boleh dicapai bersendirian. Hidup kita saling bergantung antara satu sama lain. Oleh itu Islam mengatur fitrah semulajadi manusia yang inginkan sahabat dengan satu adab yang tepat dan indah.

Kemenangan dan kegemilangan Islam di zaman Rasulullah SAW dicapai dengan adanya ikatan persahabatan yang erat antara Nabi Muhammad dan pengikut baginda. Sahabat-sahabat Nabi yang seiya sekata dan sanggup berkorban apa sahaja demi memjuangkan Islam yang tercinta, telah dapat mengatasi apa jua halangan yang datang. Ikatan persahabatanlah yang memberi kekuatan kepada mereka ketika diseksa di Makkah, ketika berhijrah ke Habsyah dan Madinah, ketika berperang di Medan Badar, Uhud dan Khandak.

Sahabat lebih bernilai daripada harta. Tanpa sahabat hidup akan sunyi dan malap. Sahabat itu perlu terutama dalam saat-saat genting. Sedangkan Rasulullah SAW di Gua Tsur masih ditemani oleh Abu Bakar, apakah kita merasa begitu hebat hingga menafikan pertolongan sahabat di kala susah?

Oleh itu Islam telah menggariskan cara yang tepat untuk mengikat tali persahabatan.

Al Quran telah menjelaskan hakikat persahabatan yang sebenar melalui firman Allah: "Berpegang teguhlah dengan tali Allah, dan jangan kamu berpecah belah." (Ali Imran : 103)

Ayat ini dengan  tegas meletakkan asas kesatuan dan persahabatan yang sebenar ialah berpegang teguh dengan hukum Allah.

Persahabatan yang dibuat atas dasar lain seperti kepentingan kerja, ekonomi, ketenteraan, pangkat, darjat dan lain-lain tidak diterima oleh Islam melainkan jika semua itu ke arah mendaulatkan hukum Allah. Islam menuntut agar bersahabat sama-sama menjunjung perintah Allah serta meninggalkan larangannya.

Firman Allah: "Bertolong bantulah dalam mengerjakan kebaikan dan taqwa, jangan bertolong bantu dalam kejahatan dan kemungkaran." (Al-Maidah: 2)

Sahabat, ada yang membawa ke arah kebaikan dan ada yang membawa ke arah kejahatan. Kerana itu Rasulullah SAW berpesan: "Seseorang itu atas agama (perjalanan) rakannya, maka hendaklah seseorang kamu memerhatikan siapa yang harus dipilih menjadi sahabat."

Sahabat yang baik akhlaknya akan mempengaruhi kita ke arah kebaikan secara langsung atau tidak. Begitu juga sahabat yang rosak akhlaknya. Ia akan menjerumuskan kita ke arah kejahatan. Allah berfirman: "Maka berpalinglah engkau dari orang yang tidak mempedulikan peringatan Kami, dan ia hanya menginginkan kehidupan dunia semata-mata."(Surah An Najm: 29)

Sahabat yang baik membawa hati kita dekat kepada Allah. Melihat wajahnya boleh menguatkan iman. Mendengar nasihat dan kata-katanya boleh menyejukkan hati.

Sayidina Ali k.w.j pernah berkata:
"Sahabat yang sebenar ialah orang yang sentiasa berada di sampingmu. Ia sanggup membahayakan dirinya demi kemaslahatanmu. Orang yang setiap masa bekerja untuk keperluanmu. Sanggup mengorbankan segala-galanya untuk kepentinganmu."

Sahabat seperti inilah yang akan menguatkan iman dan semangat untuk mengamalkan Islam. Mereka adalah orang  yang patut dijadikan rakan seperjuangan dalam menegakkan Islam.
Sebaliknya Allah mengutuk orang yang mengkhianati atau memutuskan tali persaudaraan dan persahabatan.

Sabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya orang yang amat dicintai Allah ialah orang yang mudah bermesra-mesra dan senang dimesrai. Dan sesungguhnya orang yang amat dibenci oleh Allah, ialah orang yang suka menaburkan kata nista dan suka memecahbelahkan sesama saudara."

Inilah tuntutan persahabatan, yang jika dapat memenuhi tuntutan itu, bukan sahaja sahabat kita itu akan mendapat manfaat bahkan manfaatnya akan melimpah kepada seluruh manusia.












Kita selalu melihat dia ketawa,
Tapi mungkin dia sebenarnya,
Tidak setabah yang kita sangka,
Di sebalik senyumannya itu mungkin banyak cerita sedih,
Yang ingin diluahkannya,
Di sebalik ketenangannya itu mungkin tersimpan,
Seribu kekalutan ,
Kita tidak tahu ……tetapi jika kita cuba,
Jadi sahabat seperti dia,
Mungkin kita akan tahu…….




Sahabat...
1. Bersahabatlah kita kerana mengharap keredhaan Allah, kerana Nikmat Ukhuwwah kerana Allah amat berharga.
2. Ingatilah sahabat anda ketika mana anda sedang berdoa dan bermunajat kepada Allah Azzawajjala.
3. Kawan boleh dicari tetapi sahabat sukar dicari .
4. Bersyukurlah jika anda mempunyai sahabat yang sentiasa Mendoa-kan kesejahteraan anda.




LAGU NI AKU SUKA SEBAB  ini lagu Erra Fazira 


Yang Terindah Hanyalah Sementara
Artist: Erra Fazira
Setinggi seluas gunung dan lautan
Sejuta harapan dipertaruhkan
Beronak berliku jalan kulalui
Selagi berupaya kuteruskan

Alangkah sukarnya memadam bayangan masa silam
Di dalam keberanian terusik jua perasaan
Tidak hentinya memanjang dan semoga jiwa ini terus tabah

Sesungguhnya saat yang terindah hanyalah sementara
Yang terpahat di dalam diri hanya kenangan dan nestapa

Tak rela kuturutkan hati
Menyesali apa yang terjadi
Andainya begitu suratan yang tertulis diazali

Biarlah walaupun kusepi
Sedih pedih dikhianati
Aku kan tetap terus mengorak langkah perjalan ini....

4 comments:

  1. ni nk komen,,,npe cikplak lagu erra

    ReplyDelete
  2. lg best lagu fina,,,,,pada rembulan,,,

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Ibnu Atha'illah memetik hadis nabi yang direkodkan oleh Bukhari,"Anas melaporkan,Nabi Muhammad berkata,"Terdapat tiga perkara yang menjadikan seseorang dapat merasakan kemanisan iman iaitu orang yang lebih mencintai Allah dan Rasulnya daripada segala sesuatu,orang yang mencintai orang lain kerana Allah dan orang yang membenci kekufuran seperti dia membenci dilemparkan dalam api neraka."

    ReplyDelete