Monday, 19 March 2012

7 Golongan Lelaki Disayangi ALLAH.




1) Pemimpin / imam yang adil.

-Adil itu dalam erti kata, bukan hanya pada pemimpin yang berada di bwahnya pengikut-pengikut yang ramai, tapi adil kepada isterinya, kepada anak-anaknya juga, bermakna pemimpin dalam segala segi.

2) Pemuda yang hidupnya sentiasa beribadah kepada Allah.

3) Lelaki yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid.
- Lelaki yang apabila masuknya waktu solat, dia pun bergegas ke masjid untuk menunaikan solat di masjid.
Golongan ini semakin kurang dan seperti Rasulullah pernah bersabda dahulu, yang "di akhir zaman nanti masjid akan kurang orang di dalamnya walaupun kedudukannya di tengah lembah manusia"

4) Dua lelaki yang berkasih sayang kerana Allah, bertemu dan berpisah kerana Allah.

5) Lelaki yang diajak oleh perempuan yang berkedudukan tinggi dan mempunyai rupa paras yang menawan untuk melakukan maksiat lalu ia berkata; "Aku takut kepada Allah".
- Golongan yang ini benar-benar takutnya akan ALLAH, dia lebih takut akan balasan dari Maha Esa dari kesedapan yang nak dia dapat sekejap itu.

6) Lelaki yang memberikan sedekah dalam keadaan sembunyi hingga tangan kanannya tidak mengetahuinya.
- Yakni menginfakkan hartanya kerana ALLAH, dan tidak ada terlintas langsung tindakannya itu untuk mendapat pujian makhluk atau di angkat kerana kemurahan hatinya itu.

7) Lelaki yang ingat kepada Allah dalam keadaan sembunyi/tidak diketahui oleh orang lain sehingga gugurlah air mata daripada kedua matanya.
- Lelaki yang takutkan akan ALLAH, sehingga gugur air mata nya. Dan telah disebutkan bahawa mata yang menangis kerana insaf dan takutnya akan balasan ALLAH itu adalah mata yang diharamkan akannya api neraka. (takut dalam erti kata, bersungguh-sungguh menjauhi dosa dan maksiat yang dibenci ALLAH)......

No comments:

Post a Comment