Friday 14 December 2012

Ini Arnab2 Encik Muhamad Azam (MohdRafee)







Pengenalan

Arnab merupakan haiwan mamalia dalam order lagomorpha dari filum kordata yang berasal dari persekitaran bebas zon iklim sederhana. Terdapat lebih 72 spesis arnab yang telah dikenal pasti di seluruh dunia dan sebahagian besarnya terdapat di Benua Eropah, Amerika dan Australia. Arnab yang terdapat di negara-negara beriklim tropika seperti Malaysia asalnya dibawa oleh pendatang seperti  penjajah,
pedagang dan imigran.

Di habitat semulajadi, Arnab hidup berkoloni dan tinggal dalam lubang yang digalinya serta membiak dengan cepat. Arnab merupakan haiwan herbivor yang setiap seekor mampu menghabiskan 1 kg makanannya sehari sehingga ia menjadi musuh utama kepada petani di kawasan beriklim sederhana.


Arnab membiak sebagaimana mamalia lain dengan melahirkan dan menyusukan anaknya. Usia matang arnab betina (doe) ialah sekitar 4 - 5 bulan manakala arnab jantan (buck) sekitar 5 - 6 bulan. Tempoh bunting arnab betina ialah antara 30 - 35 hari dengan purata bilangan anak 5 ekor dan akan mengawan semula 48 jam selepas melahirkan anak.




No comments:

Post a Comment