Tuesday, 13 March 2012

KITA PERLU MENGUMPUL SAHAM AKHIRAT.





SAhaBat-SaHaBatKu"   saham akhirat perlu dikumpul dengan melakukan amal soleh supaya dapat memiliki syurga dan menghindari diri dari api neraka. Tetapi cukupkah amalan yang kita lakukan sepanjang hidup ini untuk menampung dosa-dosa yang pernah kita lakukan samada dalam sedar ataupun tidak?
Kaya pahala di dunia belum tentu kaya juga di akhirat kelak. Kerana pahala yang kita miliki hari ini perlu digunakan untuk membayar hutang-hutang dosa yang kita lakukan. Terdapat 2 dosa yang perlu kita tanggung sepanjang hidup di atas dunia ini 

  1. Dosa dengan Allah.
  2. Dosa dengan manusia dan makhluk Allah yang lain.
Kita mungkin akan terselamat dari dosa dengan Allah selagi mana kita bertaubat. Itulah janji Allah yang maha penyayang. Tetapi bagaimana dosa kita dengan manusia? Dosa kita dengan haiwan? Dosa-dosa ini tidak terampun selagi kita tidak memohon maaf dengan mereka meskipun kita sudah bertaubat.
Dosa yang tidak terhapus ini akan menjadi beban hutang yang sangat banyak kepada kita. Di hari perhitungan kelak kita akan membayar hutang-hutang ini dengan pahala yang berjaya kita kumpulkan sepanjang hidup di atas dunia. Fikirkan sendiri, cukupkah saham pahala yang kita kumpulkan selama ini untuk membayar hutang dosa-dosa kita? Jika tidak cukup, maka kita terpaksa mengambil dosa dari mereka pula.

Satu hari Rasulullah s.a.w. bertanya kepada para sahabat,

“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?”…Jawab sahabat, “Orang yang muflis itu wahai Rasulullah ialah orang yang habis hartanya dan perkakas rumahnya untuk membayar hutang dan belum juga selesai, sehingga ia tidak punya harta dan perkakas rumah lagi.”…Kata Nabi saw, “Bukan macam tu. Sebenarnya orang yang muflis ialah mereka yang datang pada hari qiamat dengan sembahyangnya yang cantik, dengan zakatnya yang cukup, dengan puasanya yang penuh; tetapi ia telah memaki ini, menuduh itu, memakan harta ini, menumpahkan darah itu, memukul ini. Maka dibayarkan untuk semua itu dari hasanat-hasanatnya. Kemudian bila telah habis segala pahalanya sebelum selesai membayar tanggungan hutangnya, maka diambilkan pula dosa-dosa orang yang diganggunya itu dan ditanggungkan kepadanya. Kemudian dilemparkan dia ke dalam neraka.”. (Riwayat Muslim dan Tirmizi) 

Daripada Abu Hurairah ra. bahawa Nabi saw bersabda,
“Sesiapa yang merasa berbuat zalim terhadap saudaranya, samada merupakan kehormatan atau harta, maka hendaklah dia meminta dihalalkan sekarang juga, sebelum dituntut pada hari yang tidak ada dinar/dirham (hari qiamat), maka pada waktu itu jika ia mempunyai amal soleh maka diambil pahalanya menurut kadar kezalimannya. Tunggulah pada hari qiamat, kalau dia ada pahala amal soleh, maka Allah akan ambil dan bagi pada orang yang pernah dizaliminya berdasarkan kadar kezaliman yang dia lakukan pada orang itu. Dan kalau dia tidak ada amal soleh, maka diambil kejahatan orang itu dan dipikulkan kepadanya.” (Riwayat Bukhari)


No comments:

Post a Comment