Monday, 20 May 2013

Amanahnya para ulama salafussoleh :


kisah 1 : Pada suatu hari, Imam Syafie menunggang kuda. Ketika melalui seorang lelaki, terus dia ditanya oleh lelaki tersebut : "wahai Imam Syafie, berapa banyakkah kaki kuda yang kau tunggang?".Mendengar soalan itu, Imam Syafie pun memberhentikan kudanya dan turun menghitung kaki kudanya. Jawab Imam Syafie "ada empat". Merasa ajaib dengan tingkahlaku Imam Syafie, lelaki itu bertanya lagi "memang kaki kuda ada empat, tetapi kenapa engkau perlu turun dan
menghitung?". Maka jawab Imam as Syafie, "Aku takut Allah hilangkan kaki kuda ini sebelum aku menjawab soalan engkau"....
Jika soalan begini pun beliau ambil berat, bayangkan bagaimana amanahnya beliau terhadap ilmu agama?

Kisah 2 : Imam Malik didatangi oleh seorang lelaki yang rumahnya sebulan perjalanan ke tempat Imam Malik mengajar (madinah). Lelaki itu bertanya "wahai Imam Malik, kabilah kami ada satu persoalan dalam satu permasalahan" (admin lupa permasalahan yang ditanya).. Jawab Imam Malik "Maaf, saya tidak tahu.. " terkejut mendengar jawapan Imam Malik maka dia bertanya "apakah yang harus aku katakan kepada kabilah aku nanti?".. Jawab Imam Malik "Beritahu kepada mereka bahawa Imam Malik tak tahu jawapannya"

Maka bagaimana pula sikap kita pada hari ini. Berani menjawab soalan tanpa ilmu alat, dan tidak memahami ilmu usul seperti usul quran, usul hadith, usul fiqh serta dengan ilmu kaedahnya, tetapi menjawab berdasarkan zahir ayat quran dan hadith semata-mata? Tiga perkara yang Allah akan cabut terlebih dahulu pada akhir zaman, salah satunya ialah AMANAH..

Tuesday, 23 April 2013

Jauhi Dosa Ketika Menggunakan Facebook dan Laman Sosial


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh



Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Penggunaan internet terutama dalam laman sosial facebook dan blog adalah satu cara boleh membawa kebaikan dan keburukan. Jika caranya betul akan mendatangkan kebaikan dan pahala disisi Allah SWT, tetapi jika carnya salah yang mengundang keburukan maka ianya boleh mendatangkan keburukan dan dosa disisi-Nya.

Disedari terdapat beberapa cara penggunaannya yang patut ditegah dan boleh jatuh perbuatan tersebut kepada haram, malah berganda-ganda haramnya.
Perlakuan dan perbuatan melalui facebook dan blog yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun di kesempatan ini, cukup di senaraikan enam perkara sahaja iaitu :-

1)   Mendedah keaiban suami, isteri di facebook dan laman sosial.

Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook dan blog peribadi mereka. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka.  Sebagai contoh, ada yang secara terbuka mendesak suami membeli rumah, kereta, pinggan mangkuk, perabot, pakaian dan sebegainya melalui status mereka. Tertekanlah suami  serba salah.

Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri.

Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui facebook atau di blog peribadi dan sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti pegawai dipejabat agama negeri, ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga.
Pendedahan masalah dan info yang boleh mengaibkan suami (dan isteri) TIDAK DIBENARKAN sama sekali disebarkan melalui facebook atau blog. Apabila ia dilakukan, ia dengan mudah sekali boleh mengundang dosa.

Terdapat sebahagiannya info tidak secara langsung mengaibkan pasangan, tetapi selaku pembaca, kita dapat ‘membaca’ dan mengetahui secara tersirat bahawa si pemilik sedang ‘perang dingin’ dengan pasangannya. Ada juga yang difahami, suaminya sedang gagal memenuhi apa yang diingininya, bersifat kurang baik kepadanya dan sebagainya. Ingatlah semua, rumahtangga adalah amanah, jangan meruntuhkannya melalui facebook atau blog.
Beramanahlah, berikan suami dan isteri kalian password facebook dan blog kalian , agar mereka sentiasa boleh meneliti mesej-mesej yang dihantar kepada kalian. Boleh juga pasangan berperanan selaku penyemak dan memadam (delete) mana yang perlu  jika dimasukkan secara emosi tanpa pertimbangan akal yang waras.

2)  Terlebih gambar

Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook dan blog peribadi, mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekat, sangat dekat ( sehingga memenuhi  kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri).  Ditambah pula lagi dengan gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai.

Agak pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian kepada khalayak, tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin.
Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat ‘lamaran’ nafsu.

Lebih pelik, tuan punya facebook dan blog yang sepatutnya mampu mengawal dan memadam sebarang komen kurang etika, kelihatan membiarkan sahaja lamaran nafsu (seperti ajakan berdating, kahwin-padahal telah bersuami) tersebut di ruangan komentar gambarnya, tanpa rasa bersalah.

Berterusan bercanda mereka melalui ruang komentar,  si lelaki dan wanita ada juga yang telah beristeri dan bersuami, cuma atas tiket kawan lama, sepejabat dan sebagainya, hal tersebut dibiarkan. Malah jika kedua-duanya masih bujang sekalipun, ia tetap BERDOSA dan SALAH di sisi Islam kerana ia termasuk dalam kategori larangan Allah ‘janganlah kamu menghampiri zina’.
Saya bimbang, ramai pula lelaki yang menjadi dayus dek kerana gambar isteri terdedah aurat ( atau menutup aurat kurang sempurna) ditayang  sehabisnya di facebook dan blog.

3)  Penyamaran

Lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya mendapat maklumat wanita. Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang kerana tidak diluluskan menjadi ‘friend’ seseorang wanita. Akibatnya, si lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita tersebut. Bagi membolehkannya mendapat akses, terdapat lelaki yang mula menyamar menjadi wanita, meletakkan gambar mana-mana wanita yang boleh dijumpai secara mudah tertebaran di interent, diletakkan sebagai dirinya. Melalui cara itu, lelaki ini berjaya menjadi friend dan menonton seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya dengan gambar itu.

Si wanita yang pada asalnya merasa selamat kerana merasakan dirinya telah menapis sebaiknya, rupanya masih terdedah gambarnya kepada yang orang yang tidak sepatutnya. Kerana itu, walau kalian hanya membenarkan friend untuk menatapi gambar kalian, pastikan semua gambar tersebut masih terhad dan terjaga.

4)  Download gambar untuk simpanan dan tatapan.

Dimaklumkan juga, akibat dek kerana gambar wanita yang terlalu ‘bersepah’ difacebook dan blog, terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya. Justeru, sedarlah, mana-mana wanita yang dikurniakan Allah punyai ‘rupa’ yang menurut pandangan ramai sebagai elok dan menawan. Golongan sebegini amat perlu sekali lebih berwaspada lebih daripada mereka yang lain.

Malangnya, golongan sebegini kelihatan lebih ghairah menjaja gambar mereka untuk mendapat lebih banyak pujian dan …’DOSA’. Simpan sahajalah gambar-gambar ‘kiut’ (cute) kalian, cukuplah ia buat tatapan suami. Cukuplah pujian rakan sekeliling yang benar-benar mengenali kalian. Tidak perlulah tamakkan pujian manusia luar.

Tunggu sahajalah pujian para malaikat dan bidadari di syurga nanti, terlampau tidak sabarkah wahai diri? Sedarilah, ke cantikan gambar kalian mungkin menjadikan rumahtangga kalian hancur, kecemburuan wanita lain, kerana boleh wujud gejala suami yang membanding-bandingkan wajah dan tubuh kalian dengan isterinya. Jika itu berlaku, pemilik gambar mendapat saham dosa.

5)  Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat.

Tagging atau menandakan sesuatu gambar yang disiar merupakan satu fungsi mudah untuk menyebarluaskan gambar seseorang termasuk diri sendiri kepada kenalan dan rakan.  

Malangnya fungsi ini menjadi sumber dosa yang banyak juga dewasa ini. Ini adalah kerana, terdapat ‘trend’ menyebarkan gambar-gambar lama, dan kemudian meletakkan tagging kepada individu di dalam gambar. Perlu disedari, setiap gambar yang di muat turunkan atau disimpan, akan muncul dan boleh dilihat oleh semua friend, dan rakan kepada friend tersebut juga boleh menontonnya.

Ini boleh menjadi dosa, kerana :-

a. Sebahagian individu di dalam gambar terbabit mungkin dahulu tidak menutup aurat, tetapi kini telah menutup aurat. Justeru penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram.

b. Individu terbabit berada di dalam rumah, bersama keluarga, justeru penutupan auratnya tidak begitu sempurna kerana di dalam rumah sendiri atau di dalam keadaan bersama mahram tetapi akibat ketidakperihatinan sebahagian ahli keluarga terhadap hal aurat. Gambarnya yang sedemikian tersebar. Sepatutnya, kita yang di’tanda’ boleh dengan segera delete ‘tag’ itu, hasilnya walau gambar masih tersiar tetapi ia tidak mempunyai sebarang pengenalan. Itu paling kurang boleh dilakukan oleh individu yang prihatin dan berawas-awas. Namun malangnya, sebahagian pemilik facebook tidak sedar mereka boleh ‘untagged’ nama mereka. Malah kalau mereka boleh untagged sekalipun, penyebaran gambar sedemikian tetap salah dan berDOSA di dalam Islam.

c. Gambar mengaibkan orang lain. Gambar yang disiarkan itu, walaupun menutup aurat, tetapi dalam situasi mengaibkan. Mungkin ia tidak mengaibkan individu yang menyiarkannya kerana dia dalam keadaan baik dan bagus. Namun rakannya berada dalam situasi mengaibkan, tambahan pula dia kini merupakan ‘seseorang’ yang terhormat, punyai kedudukan baik di mata masyarakat,. Apabila gambar sedemikian disiarkan, ia mencemar nama baiknya. Penyiaran sebegitu sama seperti mengutuknya secara langsung di khalayak ramai, sama ada sengaja atau tidak, semua perlu sedar kalian mungkin bebas menyiarkan gambar anda, namun gambar orang lain. Keizinan perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum siaran dibuat.

6. Mengutuk diri sendiri dan kebaikan.

Adakalanya terdapat juga wanita-wanita berpenampilan cukup solehah, berpakaian sopan dan tudung labuh dalam bab aurat sewaktu zaman universiti atau sekolahnya. Namun sesudah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya berubah begitu drastik dengan make up cukup jelas menghiasi wajah, baju berwarna-warni dan berfesion, yang tebal dahulu sudah jadi nipis, adakalanya tidak sempurna dan macam-macam lagi.

Alasannya? Seribu satu macam. Suami pula mungkin bukan dari jenis yang cermat untuk menegur dan menasihat.
Yang menyedihkan, apabila tersiar gambar lamanya yang berpakaian sopan dan tudung labuh  di facebook atau blog, disiarkan oleh rakan-rakan lama. Tuan punya tubuh, kelihatan tanpa malu dan segan mengutuk dirinya sendiri sama ada secara langsung atau tidak langsung.  Lahirlah kata-kata, ‘zaman aku ekstrem’, ‘zaman solehah’, ‘waktu innocent‘, zaman-zaman suci’, ‘itu zaman kuno dulu’ dan lain-lain alasan yang sepertinya.

Tanpa disedarinya, ia mendedahkan keaiban dirinya sendiri, apabila berkata zaman solehah, bermakna kini adakah dia mengaku tidak lagi solehah?, kini tidak suci?. dan lain-lain. Ia juga sekaligus seolah mengutuk pemakaian sopan dirinya dahulu. Ingatlah wahai diri, jika tidak mampu istiqamah atas pakaian dan penampilan dahulu, janganlah sampai mengutuknya. Kerana ia sama seperti mengutuk pakaian yang sopan lagi baik, seolah mendahulukan yang kurang baik.

Sahabat yang dimuliakan,
Marilah kita koreksi diri kita sendiri adakah enam perkara di atas telah berlaku kepada diri kita sendiri?, Jika berlaku cepat-cepatlah bertaubat dan insaf dan jangan mengulanginya lagi perkara haram dan berdosa.

Jika tidak berlaku dan kita tetap istiqamah dengan cara-cara sopan yang dibenarkan Islam, alhamdulillah teruskan perkara yang baik ini.
Perlu diingat facebook dan blog adalah kemudahan teknologi yang boleh menjadi sumber pahala, jika diguna dengan betul, tetapi jika disalah gunakan dan melanggar peraturan syariat maka iannya boleh menjadi pemudah azab dan mendatangkan dosa-dosa besar. Berhati-hatilah dan berpada-padalah pemilik facebook,  blog dan laman sosial yang lain.

Niat untuk mendekatkan ukhwah antara rakan lama, sekolah dan sebagainya tidak sama sekali boleh menghalalkan sembangan mesra, gurauan senda di antara suami dan isteri orang, antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Ia hanya akan membawa kepada kemudaratan dan keruntuhan rumahtangga. Janganlah lagi mempermainkan nama ‘ukhwah’ untuk berbuat dosa.

Ukhwah itu hanya terhad sesuatu yang membawa kepada ingatan kepada Allah SWT, mengajak kebaikan dan menjauh kemungkaran. Lihatlah surah al-Hujurat dan fahamkan kalam Allah sebaiknya akan erti ukhwah di kalangan mukmin.

Ada keindahan dalam kita bersosial. Tetapi, haruslah di ingat, apakah akibatnya jika kita terlalu berseronok tanpa memikirkan akibat uang akan berlaku pada masa akan datang. Jagalah diri hiasilah peribadi.

Sekian, wasslamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

by Asrol Sahabat Hati



Wednesday, 13 March 2013

Erti Sahabat




Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani. Selawat dan salam buat junjungan mulia, Muhammad SAW, ahli keluarga baginda juga sahabat-sahabat yang banyak jasa.

Mengetahui bagaimana baginda Nabi SAW bersahabat itu penting, juga apa pandangan Quran tentang sahabat. Saya ada membaca sedikit mengenai sahabat, antara maksud ayat Quran yang dijumpai:

1. “Wahai orang yang beriman! Bertakwalah dan hendaklah kamu bersama-sama orang yang bersifat benar.” (Surah at-Taubah: 119).

2. Maka tatkala Isa mengetahui keingkaran mereka (Bani Israel) berkatalah dia: “Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku untuk (menegakkan agama) Allah?” Para hawariyyin (sahabat-sahabat setia) menjawab: “Kami lah penolong-penolong (agama) Allah. Kami beriman kepada Allah; dan saksikanlah bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang yang berserah diri. (Surah Ali-Imran 3: 52).

Saya yakin pasti ada lagi ayat-ayat Quran pasal sahabat, kena banyak pembacaan lagi. Hadis pula:

1. Dari Abu Musa al-Asy’ari, bermaksud: 
“Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.” (HR Bukhari)

2. Dari Nu’man bin Basyir r.a., Rasulullah SAW bersabda,

“Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur.” (HR Muslim).

“Seorang Muslim adalah saudara muslim lainnya, ia tidak menzaliminya, merendahkannya, menyerahkan (kepada musuh) dan tidak menghinakannya.” (HR Muslim).

3. Sabda Rasulullah saw. “Demi Allah yang memakmurkan dunia, kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman, kamu tidak akan beriman sehinggalah kamu berkasih sayang antara satu sama lain” (HR. Muslim).

4. Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w. bersabda:
“Seseorang insan adalah terikut-ikut dengan adat kebiasaan sahabatnya.

5. Maka hendaklah kamu melihat dengan siapa kamu bersahabat’. (Riwayat al-Tirmizi dan al-Hakim).

6. “Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya.” (HR Abu Daud).

Nasihat daripada Ali bin Abi Thalib r.a. berkata,
“Sejahat-jahat teman ialah yang memaksa engkau bermuka-muka dan memaksa engkau meminta maaf atau selalu mencari alasan.”

Setelah kita melihat erti sahabat dari Al Quran dan Hadis, marilah kita bertanya pada diri, adakah diri kita sudah mencukupi untuk menjadi sahabat? Marilah kita bermohon kepadaNYA agar kita menjadi sahabat yang dimaksudkan dalam Al Quran dan Hadis..  


 اللهم إني أَسْأَلُكَ حُبَّكَ وَحُبَّ مَنْ يُحِبُّكَ وَحُبَّ عَمَلٍ يُقَرِّبُنِي إِلَى حُبِّكَ

Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu cintaMu, dan cinta orang yang mencintaiMu, serta cinta terhadap amalan yang dapat mendekatkan aku kepada kecintaanMu. 
(Diriwayatkan oleh Imam Ahmad di dalam Musnadnya. Turut diriwayatkan oleh Imam al-Tirmidhi – Hadis Hasan).

Ada Keindahan Dalam Bersahabat itu.. :)




Disunting dri Asrol Sahabat

Monday, 4 March 2013

Surah Al-Ma'un (Kebajikan atau Bantuan) (1-7)

Bismillahirrahmanirrahim

(1) Tahukah engkau akan orang yang mendustakan agama?
(2) orang itu ialah yang menindas dan berlaku zalim kepada anak-anak yatim;
(3) Dan dia tidak menggalakkan (dirinya dan orang lain) untuk memberi makanan yang berhak diterima oleh orang miskin,
(4),(Kalau orang yang demikian dikira daripada bilangan orang yang mendustakan agama), maka kecelakaan besar bagi orang yang Solat .
(5) (iaitu) mereka yang berkeadaan yang lalai daripada menyempurnakan Solat'nya.
(6) ,(juga bagi) orang yang berkeadaan riya'(menunjuk-nunjuk dalam Ibadah dan bawaannya);
(7) Dan orang yang tidak memberi walau sedikit pun pertolongan ( kepada orang yang berhak mendapatkannya).

-Surah ini diwahyukan di Makkah. Surah ini merupakan tentang orang yang mendustakan pembalasan di akhirat. Antara sifat-sifat yang disebut dalam Surah ini ialah menghina dan mencerca anak-anak yatim dengan kasar , bukan untuk mendidik, dan tidak menganjurkan orang lain, sama ada dengan ucapan mahupun dengan tindakan, untuk memberi makan orang miskin ,kerana dia sendiri kedekut dengan hartanya. Selain itu, Surah ini menyebutkan sekelompok manusia yang sering melengahkan-lengahkan Solat'nya, tidak melaksanakan dengan sebaik-baiknya, dan melakukannya tanpa khusyuk'. juga termasuk dalam kelompok ini ialah orang yang riya' dengan amalan'nya dan orang yang enggan memberi pertolongan kepada yang memerlukan'nya , mereka semua diancam dengan kecelakaan dan kehancuran, agar mereka insaf dan kembali daripada kesesatan itu.

Amanahnya para Ulama Salafussoleh :


kisah 1 : Pada suatu hari, Imam Syafie menunggang kuda. Ketika melalui seorang lelaki, terus dia ditanya oleh lelaki tersebut : "wahai Imam Syafie, berapa banyakkah kaki kuda yang kau tunggang?".Mendengar soalan itu, Imam Syafie pun memberhentikan kudanya dan turun menghitung kaki kudanya. Jawab Imam Syafie "ada empat". Merasa ajaib dengan tingkahlaku Imam Syafie, lelaki itu bertanya lagi "memang kaki kuda ada empat, tetapi kenapa engkau perlu turun dan
menghitung?". Maka jawab Imam as Syafie, "Aku takut Allah hilangkan kaki kuda ini sebelum aku menjawab soalan engkau"....
Jika soalan begini pun beliau ambil berat, bayangkan bagaimana amanahnya beliau terhadap ilmu agama?

Kisah 2 : Imam Malik didatangi oleh seorang lelaki yang rumahnya sebulan perjalanan ke tempat Imam Malik mengajar (madinah). Lelaki itu bertanya "wahai Imam Malik, kabilah kami ada satu persoalan dalam satu permasalahan" (admin lupa permasalahan yang ditanya).. Jawab Imam Malik "Maaf, saya tidak tahu.. " terkejut mendengar jawapan Imam Malik maka dia bertanya "apakah yang harus aku katakan kepada kabilah aku nanti?".. Jawab Imam Malik "Beritahu kepada mereka bahawa Imam Malik tak tahu jawapannya"

Maka bagaimana pula sikap kita pada hari ini. Berani menjawab soalan tanpa ilmu alat, dan tidak memahami ilmu usul seperti usul quran, usul hadith, usul fiqh serta dengan ilmu kaedahnya, tetapi menjawab berdasarkan zahir ayat quran dan hadith semata-mata? Tiga perkara yang Allah akan cabut terlebih dahulu pada akhir zaman, salah satunya ialah AMANAH

Saling pesan berpesan'

"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka, akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan."

~Imam Hassan Al-Basri~