"sesungguhnya seorng muslim itu,apabila dia berjalan jalan da'wah, dia tdk berjalan dngan hatinya sahaja.bahkan dbawa bersama hati saudaranya. justeru, setiap pahala yang di dapati sepanjang perjalananya pasti akn terbias buat saudara seperjuangannya"-sheikh mustafa masyur
Monday, 20 May 2013
Amanahnya para ulama salafussoleh :
kisah 1 : Pada suatu hari, Imam Syafie menunggang kuda. Ketika melalui seorang lelaki, terus dia ditanya oleh lelaki tersebut : "wahai Imam Syafie, berapa banyakkah kaki kuda yang kau tunggang?".Mendengar soalan itu, Imam Syafie pun memberhentikan kudanya dan turun menghitung kaki kudanya. Jawab Imam Syafie "ada empat". Merasa ajaib dengan tingkahlaku Imam Syafie, lelaki itu bertanya lagi "memang kaki kuda ada empat, tetapi kenapa engkau perlu turun dan
menghitung?". Maka jawab Imam as Syafie, "Aku takut Allah hilangkan kaki kuda ini sebelum aku menjawab soalan engkau"....
Jika soalan begini pun beliau ambil berat, bayangkan bagaimana amanahnya beliau terhadap ilmu agama?
Kisah 2 : Imam Malik didatangi oleh seorang lelaki yang rumahnya sebulan perjalanan ke tempat Imam Malik mengajar (madinah). Lelaki itu bertanya "wahai Imam Malik, kabilah kami ada satu persoalan dalam satu permasalahan" (admin lupa permasalahan yang ditanya).. Jawab Imam Malik "Maaf, saya tidak tahu.. " terkejut mendengar jawapan Imam Malik maka dia bertanya "apakah yang harus aku katakan kepada kabilah aku nanti?".. Jawab Imam Malik "Beritahu kepada mereka bahawa Imam Malik tak tahu jawapannya"
Maka bagaimana pula sikap kita pada hari ini. Berani menjawab soalan tanpa ilmu alat, dan tidak memahami ilmu usul seperti usul quran, usul hadith, usul fiqh serta dengan ilmu kaedahnya, tetapi menjawab berdasarkan zahir ayat quran dan hadith semata-mata? Tiga perkara yang Allah akan cabut terlebih dahulu pada akhir zaman, salah satunya ialah AMANAH..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment