Thursday 3 May 2012

Saya Berukhwah Kerana Allah


IKHLAS Ukhuwah Fillah Encik Muhamad Azam(ASrol Sahabat hati,Suhaimee Abdullah, Anuar Marzuki Abdullah, Khairol Azhar Tamjis, Abdul Jalil.)

                                                                            




Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani              :-)                                    :-D 


عن ابي حمزة انس بن مالك رضي الله عنه خادم رسول الله صلى الله عليه وسلم عن النبى صلى الله عليه وسلم قال: لايؤمن أحدكم حتى يحب لاخيه ما يحب لنفسه.  رواه البخاري ومسلم

Dari Abu Hamzah Anas bin Malik r.a., khadam Rasulullah s.a.w. bersabda, "seseorang di antara kalian tidak beriman sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri." (Riwayat Bukhari dan Muslim) 

Firman Allah s.w.t. : "Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara, oleh itu damaikanlah antara kedua saudaramu (yang berselisih) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat." (Al-Hujurat :10)

Kedua-dua dalil di atas menunjukkan bukti wujudnya persaudaraan di dalam syariat Islam. Islam itu syumul (menyeluruh) bukan? Melalui persaudaraan, timbullah perasaan kasih sayang. 

Ukhwah a.k.a persaudaraan tidak dapat dipisahkan dengan sifat kasih sayang, belas kasihan, bantu-membantu, ambil berat dan segala macam sifat baik lagi.

Kadang-kadang apabila ukhwah sesorang itu sudah sampai tahap 'adik beradik' boleh jadi, mudah saja nak lepaskan marah atau geram (jangan tiru!)

Tetapi, boleh jadi ada manfaatnya ialah kita mampu menegur sahabat kita jika dia buat salah. Itu salah satu kepentingan berukhwah. 'Berpesan-pesan kepada kebenaran' (al-'Asr : 3).

Dalam pada kita nak menegur sahabat kita buat silap.,kena juga ambil kira hati dan perasaan dia, jangan hentam keromo/semberono je.. Allah pun ada pesan dalam al-Quran, dalam surah an-Nahl ayat 125., maksudnya:

"Serulah manusia kepada jalan Tuhan-Mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik.. "

Susah atau mudah? Kita mampu pilih mana yang terbaik.

Terdapat 3 tahap ukhwah :

1) Bersangka baik/berlapang dada (سلامة الصدر)

Contoh situasi ;

Saudari A : Malam ni ada jamuan sempena meraikan ulangtahun kelahiran Nazifah, awak dapat datang tak?Saudari B : Maaflah, saya tak dapat datang.,sampaikan salam pada dia ya. Saudari A : Kenapa? Saudari B : Saya ada urusan, maaf ya, saya pergi dulu..Assalamualaikum..(bergegas meninggalkan saudari A)Saudari A : [terpinga-pinga] Hm.. takpelah., mungkin dia kejar masa..  

2) Sama rata (مساوة)

Mencintai sahabat sebagaimana mencintai diri sendiri. Ertinya, kalau beli aiskrim yang harga RM2.00 untuk diri kita, kalau nak belanja kawan.,kena harga yang sama jugak ye.. (^_^)v

3) Mengutamakan sahabat (اثار)

 Contoh situasi ;

Saudara A : Tengah buat assignment ke?Saudara B : Haah, kenapa? Saudara A : Maaf ganggu kejap. Ana nak minta tolong ni, tolong carikan maklumat dalam internet pasal isu pilihanraya    kat Mesir. Maaf menyusahkan, ana kejar masa ni. Huhu..Saudara B : Eh.,takpelah, bagi pendrive enta.Saudara A : Ok.,time kasih ye..! [sambil tersenyum :) ]

Allahurabbi.. alangkah indahnya hidup ini, kalau kita amalkan cara berukhwah ikut yang Islam ajarkan. Aman dunia! [Betul ke? Saya bagi ruang kalian berfikir/kita sama-sama fikir, betulkah?]

Jangan rasa serik untuk berukhwah walaupun adakalanya kita akan rasa kecewa dan sedih dengan sahabat kita.. Teruskan ukhwah itu., kerana ukhwah itu tersangat indah bila kita sandarkannya kepada Allah.. percayalah! (^_^)

أحبكم فالله


jangan kalian membenci, bahkan memutuskan tali ukhwah hanya kerana hal2 yang pada pandangan kita nampak mudah dari segi logiknya.. jika kalian membenci seseorang maka "BARA' LAH TERHADAP PERBUATANYA BUKAN ORANGNYA" dan selama seseorang beraqidah Muslim dengan baik maka ia tetap Saudara kalian.

ukhwah fillah.. jika kita berukhwah kerana Allah…ikatan itu akan sentiasa memegang kita supaya sentiasa ingat pada Allah .. tidak lalai dengan hubungan dunia.. sentiasa ada pengisian tentang kehidupan untuk dunia & akhirat sampai 1 tahap kita akan merasai kemanisan berukhwah…dan ukhwah itu akan kita kenang smpai bila2…

Rasulullah SAW bersabda, "Kawan pendamping yang salleh ibarat penjual minyak wangi. Bila dia tidak memberimu minyak wangi, kamu akan mencium keharumannya. Sedangkan kawan pendamping yang buruk ibarat tukang pandai besi. Bila kamu tidak terjilat apinya, kamu akan terkena asapnya." (HR Bukhari) 

“Siapa yang meringankan beban penderitaaan seorang mukmin di dunia pasti Allah akan meringankan beban penderitaannya di akhirat kelak. Siapa yang memudahkan orang dalam kesusahan pasti Allah s.w.t akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat. Siapa yang menutupi aib seorang muslim pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan akhirat. Dan Allah s.w.t akan selalu menolong hambaNya jika hamba tersebut menolong saudaranya (H R Muslim)



Sahabatku, ada beberapa buah berukhwah yang boleh kita nikmati. 
Pertama, ta'aruf > saling mengenal. 
Kedua, tahaabub > saling menyintai. 
Ketiga, tafaahum > saling memahami. 
Keempat, tanaashuh > saling menasihati. 
Kelima, takaarum > saling menghormati.
Keenam, ta'awun > saling menolong.
Ketujuh, tahaadu > saling memberi hadiah.
Kelapan, tadaa'u > saling mendoakan.
Kesembilan, tahafudz > saling menjaga nama dan kehormatan saudara dan tidak saling menjatuhkan.
Kesepuluh, tazaawur > saling mengunjungi.
Kesebelas, tasholuh > saling mendamaikan

Duhai sahabatku...tingkat ukhwah yang paling rendah adalah berlapang dada dengan sahabat-sahabat dan tingkat ukhwah yang paling tinggi adalah ithar. 

Kenapa kita dengan orang barat berbeza dalam bersahabat?
Orang barat bersahabat untuk keperluan dunia sahaja tapi orang islam bersahabat mengharapkan pertemuan hingga ke syurga.
Atas dasar kerana Allah s.w.t , ikatan yang paling kuat antara hati dan akal.

Ukhwah tidak akan putus walaupun besar mana dugaan yang kita hadapi. Berusaha untuk menyayangi sahabat kita dan korbankanlah sedikit perkara dalam hidup kita, semuanya ada hikmah disebaliknya. Jadikan Rasulullah s.a.w sebagai contoh untuk membina ukhwah yang kuat. Rasulullah s.a.w sendiri dapat membina generasi sahabat yang kuat.

Tapi hakikatnya kita pada hari ini adalah jauh berbeza daripada persaudaraan yang diamalkan oleh generasi terdahulu. Jangankan berkorban untuk sahabat, bahkan peringkat persaudaraan yang paling rendah sekalipun kita tidak mampu laksanaknanya. Persaudaraan yang sejati adalah bermula daripada keikhlasan dan kasih sayang yang benar dan semata-mata kerana Allah. Kesilapan yang lalu jadikan sebagai ikhtibar dan mohonlah padaNya, moga persaudaraan yang kita jalinkan ini akan diredhaiNya.

Berbuat baiklah terhadap orang lain sebagaimana kamu suka diperlakukan. Sekiranya kamu menghormati orang lain,orang lain juga akan menghormati kamu. Sedarilah sahabat-sahabat bahawa tiada siapa yang sempurna, setiap orang mempunyai kecacatan dalam tiap pelakuannya dan menerima kecacatan antara satu sama lain adalah kunci persahabatan yang terbaik.

Allah juga telah berfirman: “sesungguhnya di antara kamu itu bersaudara,maka damaikanlah dua saudara kamu yang bertelagah itu.Jadi peliharalah hubungan persahabatan itu”.


Salah satu golongan yang dilindungi di bawah Arasy Allah s.w.t di akhirat kelak adalah pemuda yang bertemu dan berpisah kerana Allah, iaitu persahabatan yang diredhai Allah yang berdasarkan ketaqwaaan kepada Allah. Persahabatan adalah anugerah Allah yang terindah jika ianya berlandaskan atas dasar yang benar.Sahabat adalah seperti cermin kepada kita,kesalahan kita diteguri,bila alpa diingatkannya,bila berduka dihiburkannya,bila sempit dilapangkannya, kata-kata nasihat yang selalu keluar dari mulutnya menambahkan semangat,menjadikan kita kuat dengan cinta, kasih sayang dan persahabatannya darinya.


Hayatilah persahabatan kerana Allah s.w.t kerana kita akan bertemunya di syurga dan inilah tanda kita betul-betul beriman biar diuji seberat mana kita tetap sayang pada sahabat kita inilah dinamakan ukhwah fillah..moga hubungan yang terjalin sekarang akan terus berkekalan hingga ke akhirnya..ukhwah fillah Abadan abada.




No comments:

Post a Comment